fbpx

TIPS : Atasi Sembelit Semasa Berpantang dan Hamil

atasi masalah sembelit

Ketika wanita mengandung dan berpantang, wanita mudah mengalami masalah sembelit kerana perubahan hormon dalam badan. Malah, ada ibu yang trauma untuk membuang air besar kerana bimbang pada luka jahitan. Ibu berpantang seharusnya membuang air besar sekurang2 satu kali sehari bagi mengelakkan najis menjadi keras dan mengakibatkan sembelit atau buasir.

Terdapat pelbagai tips yang boleh diamalkan ketika berpantang,

1.Minum Air Secukupnya

Tahukah anda, sekitar 60% daripada badan kita merupakan air? Air merupakan elemen terpenting dalam kelangsungan proses tubuh seperti sistem pernafasan, saraf, perkumuhan dan pencernaan.

Oleh itu, badan memerlukan air yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Sembelit ketika berpantang adalah salah satu petanda kurangnya air di dalam badan.Menyusukan bayi juga boleh buat anda dahaga.

Jadi para ibu disarankan agar minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari. Minumlah sedikit demi sedikit, tetapi kerap. Jangan sampai memaksa diri pula. Minum air secara berlebihan tidak akan memberikan manfaat tambahan, malah mungkin akan buat anda rasa tidak selesa.

Cara pengiraan air yang tepat, jisim (kg)/ 25. Contoh, 50kg bahagi 25 = 2 . Bermakna, individu yang berjisim 50kg, perlu minum air 2liter sehari.

2. Makan makanan berserat

Makanan berserat tinggi membantu meningkatkan pergerakan usus dan melawaskan penghadaman. Kumpulan makanan seperti bijirin penuh (wholegrains), kekacang, beras perang, buah-buahan segar dan sayur-sayuran elok diamalkan dalam diet seharian anda. Ambil makanan ini bersama makanan lain untuk mengelakkan gas berlebihan.

Buah-buahan yang sudah dikeringkan seperti kismis atau apricot pula sesuai untuk dijadikan snek sihat bagi mengisi perut yang lapar. Selain itu, buah prun merupakan satu pilihan yang bijak.

Prun bukan sahaja mengandungi serat yang tinggi – sekitar 3g serat untuk setiap lima biji prun, malah mengandungi sorbitol, iaitu, bahan semula jadi yang akan merangsang pergerakan usus.

Sayur-sayuran berdaun hijau juga elok untuk diamalkan kerana ianya bukan sahaja mempunyai serat yang tinggi malah rendah kalori! Jadi ibu-ibu boleh makan dengan senang hati kerana kumpulan makanan ini tidak akan membuatkan anda gemuk.

Untuk lebih mudah, amalkan Klorofil AVAIL untuk mencukupkan zat dari sayuran hijau untuk badan anda. Pengambilan 1 sachet klorofil AVAIL adalah bersamaan dengan 1.6kg sayuran hijau.

avail chlorophyll liquid chlorophyll chlorophyll benefits chlorophyll drink

3. Minum AVAIL Greenfit (Minuman berfiber disarankan Doktor Pakar).

Minuman berfiber Greenfit disarankan oleh doktor pakar sakit puan untuk ibu berpantang. Ia membantu melembutkan najis dan ibu kurang trauma dan tekanan pada bahagian tersebut. Greenfit adalah minuman berperisa epal dan sedap diminum.

Selain melembutkan najis, ia juga memberi khasiat seperti membuang angin dalam badan dan juga membantu proses detoksifikasi. Untuk ibu menyusu, minum ini tidak memudaratkan bayi anda seperti cirit birit dan sebagainya.

Avail Greenfit Produk Minuman FIber Terbaik Malaysia

4. Kenali Isyarat Tubuh Anda

Jangan abaikan isyarat ‘membuang’ daripada badan anda dek kerana takutkan luka jahitan yang belum sembuh. Makin kita tahan, makin keras najis kita nanti. Dikhuatiri melarat hingga kepada buasir pula.

Sebenarnya, perasaan takut untuk membuang air besar selepas bersalin dek kerana luka jahitan membuatkan masalah ini semakin teruk. Kerunsingan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada otot dan saraf sekaligus menyukarkan lagi proses tersebut.

 

Ingat, ibu berpantang mempunyai potensi tinggi untuk mengalami masalah ini. Maka, ambil langkah berjaga-jaga dan amalkan tips bagi mengelakkan berlakunya sembelit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu anda?